Wednesday, February 5, 2014

Reunion SEMENTA batch 2007/2008

Annyeong!

"Teknologi teras pembangunan,
 SEMENTA gemilang dan terbilang. . ."

Dulu, setiap hari Isnin mesti nyanyi lagu nie. Dah 6 tahun tinggal sekolah, lirik lagu sekolah pon dah ta ingat weyh! hahaha SEMENTA la tempat yang banyak bagi aku pelajaran dari segi kehidupan sampai lah ke alam percintaan. Errr hahaha kt SEMENTA jugak lah aku kenal perangai perangai pelik manusia ( walhal aku pon pelik orangnya ). Pendek kata, kat SEMENTA nie memg havoc lah. Dari kawan kawan hingga ke cikgu, semuanya havoc! kan gua dah cakap gua havoc. . havoc. . (fefeling lagu havoc le pulak. hahaha). Okay, baru baru ni iaitu 02.02.2014 bersamaan hari Ahad, ex student SEMENTA dari batch 2007/2008 telah ber "reunion" di Lentang, Pahang. Korg tahu tempat ni kat mana? Ta tahu? Ce google. hahaha

Majlis reunion nie telah dibincang selama 5 bulan sebelum hari kejadian berlaku oleh manusia manusia yang gila gila, ta kenal dan ta mesra masa sekolah tapi boleh bersatu dan bekerjasama untuk menjayakan program nie yang dikepalai oleh Afiq dan Jimmy. Kalau dorg berdua nie tade, aku rasa takan jadi punye reunion nie. Bukan senang weyh nak contact semua kawan kawan jauh mahupun dekat tanpa face to face. Nak cari no tepon bagai, nak inform pasal reunion nie. hahahha tapi penat lelah semua tu berbayar bila reunion berjaya terlaksana. Dengan semangat pihak pengurusan dan orang orang hebat macam aku, iekin, yanie, afiq, jimmy, epi, along dan koyan, Alhamdulillah segala usaha kami dah berjaya :)


Nie la muka muka orang yang punya otak gila gila. haha afiq dgn yanie tade dalam pic nie.












Best regards,.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan datang lagi

Annyeonghaseyo!!

Syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi sempat untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam kita sibuk menguruskan hal-hal lain, tak sedar pon yang ramadhan dah tiba kan hiksss. Dolu masa kecik kecik selalu tanya mak, "Mak, bila kite nak start puase eh? Along tak sabar la nak kutip duet raye." *nampak ta kecik kecik dah pandai dailek kolumpo. haha*  tapi sekarang buat dek je. Bila mmbe cakap yang kita dah nak puasa, mase tu lah baru sibuk nak bertanye "Eh?! yke?" "Bile eh kite nak puasa?" "Nanti nak pergi bazaar mane?" padahal mmbe dalam hati dah menyumpah bagai kat kite nie. hehehehe


Saya mula puasa penuh masa umo baru enam tahun. Tapi mak ayah tak pakse sangat untuk puasa penuh mase tu sebab budak lagi kan. *hee padahal dalam kepala dok pikir duet raya yang banyak sebab mak ayah dah janji kan* jadi excited la nak habiskan puasa sebulan tu. Masa sekolah rendah dulu bulan puasa tu ta rase pon letih, lapar dan dahaga, siap balik sekolah bole turun padang main kejar kejar dengan kawan sekampung lagi. Malam pulak excited nak pergi tarawih dengan arwah wan dan nani tapinye tarawih buat lapan rakaat je selebihnye main batu seremban dekat belakang plus tunggu nak moreh. hahaha pastu part yang paling best bila balik nak berbuka puasa dekat rumah tok dengan tokwan. hehehe sebabnye malam ta pergi tarawih lepastu bole main nyorok nyorok dengan kawan kawan kat sane. Kadang kadang tu makcik dengan paksu bagi bunga api dengan mercun.

Bila dah masok sekolah menengah, lain pulak rasa sambut ramadhan sebab duduk asrama. First puasa bukan dengan family lagi dah tapi dengan kawan kawan. Mase sekolah teknik Bentong dulu paling best. hehe nak sahur kena pergi dewan makan, jadi akan ada sorang dari kawan bangun dan kejutkan semua kawan kawan untuk pergi sahur. Pastu semua tergopoh gopoh bangun bawak ubat dengan berus gigi pergi toilet n siap cantik cantik even tengah mengantuk sangat time tu. *yela buatnye terserempak dengan pakwe time nak sahur tu dengan muke sememeh penuh air liur basi, tak ke malu dibuatnye*. Lepas je habis waktu sekolah, balik bilik landing baik punye atas katil dan buat taik mata sampai tak pergi lah kelas prep. Mane mane budak pompuan yang ABC tu, makan meggi depan kawan kawan. Saje lettew nak bagi kawan cemburu yang die kena puase. *nakal sangat time sekolah dulu. Pergi sekolah pon pukul 8 lebih masa puase walaupun duduk asrama*  haha bangun je teros pergi bazaar mini dekat kantin sekolah tu nak beli makanan tambahan *padahal nak dating dengan buah hati sekali. hehehe* sedangkan dekat dewan makan kang melantak nasi banyak jugak. Kadang, kawan ajak balik rumah dorang, berbuka dengan family dorang. Almaklumlah, kite nie merantau tempat orang kan masa tu.

Dah habis sekolah menengah, sambung pulak zaman merantau tempat orang *zaman belajaq dekat KPTMAS la*. Masa nie baru nampak yang kena berdikari sikit. Kat mana nak cari bazaar la, kalau nak berbuka kat luar nak buat macam mana, kalau nak buka ramai ramai dengan classmate nak buat cane, semua tu nak kena urus sendiri tapi sebab dah besar dan dah biasa tak duduk dengan family, takde lah susah sangat nak hidup dekat tempat orang kan. Sekarang nie tengah tunggu suasana menyambut ramadhan dengan #futurehusband dan #futuresonordaughter. hikhok


p/s : SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. TARAWIH JANGAN LUPA YER!!

Best regards,

Monday, March 4, 2013

Pray for them

Annyeong!!

Macam yang kita semua tahu sekarang bahawa Lahad Datu telah diserang oleh penceroboh penceroboh yang tak bertanggungjawab. Now, lets us pray for Lahat Datu, for our beloved country Malaysia and for our fighters.Hope, negara kita akan kembali aman macam dulu.





Best regards,

Saturday, February 23, 2013

Annyeong!

Sesungguhnya bagi saya degree level sangat susah. Kadang kadang rasa fade up pon ada. Nak benti belajar je degree nie tapi mengenangkan masa depan, saya kuatkan azam dan semangat untuk belajar bersungguh sungguh walaupun saya kurang cerdik. sobs sobs sobs


Saya nak macam nie,



Saya harus berusaha,


DAN... percaya dengan diri saya sendiri (:.

with full of love, combi.
Best regards,